Selamat Datang

Pertama aku ucapkan selamat datang. Di page ini aku akan bercerita mengenai segalanya. Boleh jadi cerita aku ini mengenai hidup, mengenai pelajar, masyarakat, bidang seni dan sebagainya. Di sini jugak aku mengajak korang semua berfikir sejenak mengenai apa yang aku tulis dan tak mengapa sekiranya korang tak bersetuju dengan aku sebabnya aku teringin mendengar pandangan korang semua. Tak semestinya aku betul dan jugak tak semestinya korang semua betul.....

Thursday, April 5, 2012

Mereka yang bergelar PELAJAR.....

Assalammualaikum..... dan salam sejahtera kepada semua. Pertama aku ucapkan selamat datang dan terima kasih kerana sudi singgah di blog aku yang tak seberapa ni. Aku harap korang semua sihat waalfiat. Memandangkan aku tak suka buang masa maka, aku akan bercakap mengenai topik pertama; iaitu pelajar...

Apakah makna PELAJAR?




Secara asasnya, aku tau, seseorang yang belajar di mana-mana sekolah atau institusi, ataupun sekolah pondok sekalipun, secara automatiknya diaorang akan dikenali sebagai pelajar. Tak kiralah orang tu hensem ke, huduh banga ke (huduh banga bermaksud sangat-sangat hodoh dalam bahasa Kelantan), kaya, miskin; selagi korang belajar sesuatu benda dan ada cikgu/pensyarah/tok guru kat depan mata korang, korang
adalah PELAJAR.





Apa masalah diaorang ni? 


Kalau korang tanya aku, aku pun student jugak, aku pun kadang-kadang ada masalah jugak tapi takla teruk sangat. Apa yang aku maksudkan di sini aku tertanya-tanya apakah masalah diaorang ni sbenarnya? Bagi aku kebanyakan pelajar pelajar sekarang ada masalah dengan sikap mereka.



Malas




Malas. Semua orang ada sifat malas, takde orang kat dunia ni yang tak malas, even aku pun malas. Tetapi si sini malas yang aku maksudkan adalah malas dalam tahap kategori melampau. Sebagai contoh seperti situasi di bawah:


Situasi A:


kawan a : Ko dah siap keja belum?
kawan b : belum, pasni aku buatlah
kawan a : semalam pun ko cakap menda yang sama


selepas 30minit~

kawan a : beb, aku dengar classmate kita bgtau kita kena hantar kerja tu esok
kawan b : what??????!!! &&^^%^%*())$

Di sini jugak aku katakan pelajar yang malas dalam kategori ini adalah mereka yang suka menangguhkan kerja sehingga ia berada pada satu tahap kritikal sehingga menyusahkan orang lain yang dah siap buat kerja untuk membantu mereka, sedangkan kawan mereka juga memerlukan masa untuk membuat assignments mereka yang bertimbun seperti Bukit Nanas.




'Kecerdikan' Tahap Melampau



Bila aku cakap kecerdikan, di mana aku meletak koma di depan dan di belakang perkataan tersebut, yakni aku menyebut mengenai stupido, ya, sila faham sendiri. Sebagai contohnya, ada sorang kawan aku call aku tanya if kena letak nama sendiri dekat proposal sendiri. Bila kita beli buku, kalau kita tak nak buku tu hilang, konfirm kita letak nama kan? Aku rasa korang boleh nilai sendiri kan?





Jenis Parasit

Serius aku benci giler golongan macam ni wei. Cari kita bila susah, lari masuk dalam longkang bila senang. kawan macam ni berlambak sangat. Sebagai contohnya, if korang kena group dengan kawan kawan jenis macam ni, aku berani cakap kerja diaorang entah apa-apa ataupun diaorang tak buat kerja langsung. Inilah golongan yang aku panggil as parasite~


Kesimpulan


Pada pendapat aku, pelajar seperti ini adalah mereka yang mempunyai ilmu tetapi tidak mengamalkannya langsung. Diaorang ini bukan tak pandai, diaorang pandai tetapi disebabkan oleh 'kesombongan' mereka nilah menyebabkan mereka bakal terpalit dalam longkang. Mereka bukan saja pandai menyusahkan orang lain, tetapi mereka juga pandai mengambil kesempatan. Nasihat aku adalah kalau boleh jauhkan diri dengan orang macam mereka sebab percayalah cakap aku, orang macam mereka ni takkan bantu korang berjaya. Aku tak nampak apa faedahnya pelajar macam tu pada masyarakat dan aku jugak heran macam mana mereka boleh lagi survive dalam hidup ni? Waallahualam......